Malaysia mencatatkan kes positif COVID-19 dengan 374 kes hari ini.
Menurut Kementerian Kesihatan, daripada jumlah itu, 2 kes adalah kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara iaitu dari Filipina dan di Kuala Lumpur, melibatkan 1 warganegara dan 1 bukan warganegara.
Daripada 372 kes penularan di dalam negara, 343 kes adalah warganegara Malaysia dan 29 kes adalah bukan warganegara.
Ini menjadikan jumlah kes keseluruhan positif COVID-19 di malaysia sebanyak 15,096 kes.
Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 4,161 kes.
Sementara itu, 73 kes pulih COVID-19 dicatatkan hari ini.
Ia menjadikan jumlah kumlatif kes yang pulih sepenuhnya dari COVID-19 sebanyak 10,780 kes.
Sehingga kini, terdapat 73 kes positif sedang dirawat di ICU dan 28 kes memerlukan bantuan pernafasan.
Terdapat tiga pertambahan kes kematian berkaitan COVID-19 pada hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia 155 kes.